Anak Melayu Boleh SPM 20A

April 24, 2009 by: admin

Memang melayu boleh……Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu. Tahniah kerana membuktikan anak melayu boleh mengekalkan kecemerlangan dalam dua peperiksaan berturut-turut.

rumahmadihah

tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah anak melayu boleh cemerlang dalam pendidikan

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur. Bapanya turut membuktikan nelayan mampu melahirkan anak melayu boleh cemerlang dalam pendidikan.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari. Ini tidak menjadi halangan kepada Nik Nur Madihah untuk berjaya sebagai melayu boleh.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Salam hormat

Comments

2 Responses to “Anak Melayu Boleh SPM 20A”
  1. safar says:

    Memang Melayu Boleh……………………

  2. shahrul says:

    Itu baru cemerlang akademik, cari lg kisah melayu boleh yang cemerlang secara praktikal plak.

Trackbacks

Leave a Reply